ISU TAMAN MANGGIS : Guan Eng Hanya Jawab Soalan Dari Menteri??

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan sebelum ini mendedahkan 3 syarikat yang memasuki bidaan terbuka tanah Taman Manggis diragui, memandangkan status ketiga-tiga syarikat tersebut telah bertukar status kepada ‘bubar, gulung tikar dan ditutup’.

Huan yang mendedahkan mengenai status 3 syarikat terbabit iaitu United Overseas Empire Sdn Bhd (UOE), GM Healthcare Sdn Bhd (GMHC) dan Ranting Setia Sdn Bhd (Ranting Setia) turut menampilkan dokumen lengkap Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Oleh yang demikian, Huan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk tampil menjawab mengenai status 3 syarikat yang diragui ini.

Walau bagaimanapun, Guan Eng yang ditanya pemberita mengenai dakwaan Huan berhubung status 3 syarikat ini mengatakan, beliau enggan menjawab soalan tersebut dan akan menjawab soalan itu sekiranya soalan tersebut dikemukakan oleh seorang menteri.

Jelas Guan Eng, beliau tidak mahu menjawab persoalan yang ditimbulkan Naib Pengerusi PCM itu kerana pertanyaan dan jawapan yang diberikan hanya membuang masa beliau.

“Saya tidak mahu buang masa dengan orang itulah (Naib Pengerusi Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan). Saya tidak mahu buang masa dengan penulis blog. Ini buang masa. Saya nak tangani perkara ini di peringkat menteri. Saya tidak mahu buang masa,” kata Setiausaha Agung DAP itu.

Menjadi persoalan di sini, apabila Guan Eng mengatakan beliau hanya akan menjawab persoalan dari menteri… Adakah sepanjang kontroversi ini berlaku Guan Eng pernah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh seorang menteri??

Seperti yang kita ketahui sebelum ini,seorang menteri telah mendedahkan penyelewengan Guan Eng berhubung pembelian rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah Taman Manggis…. Menteri tersebut juga telah menimbulkan persoalan untuk dijawab oleh Guan Eng.

Bagaimanapun, persoalan yang ditimbulkan oleh menteri tersebut tidak pula dijawab oleh Guan Eng sehingga ke hari ini… Apa yang dilakukan Guan Eng ialah cuba mengalih persoalan berhubung penyelewengannya, dengan membuat serangan balas dengan menimbulkan persoalan mengenai isu tanah milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Jadi, dimanakah JAWAPAN Guan Eng yang mendakwa dirinya hanya akan menjawab soalan dari seorang menteri??? Guan Eng tidak pernah menjawab soalan dari mana-mana pihak sejak skandal ini didedahkan…. Diharap Guan Eng dapat menjawab segera persoalan mengenai penyelewengan ini tanpa memilih status seseorang itu. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2