ISU BANGLO MEWAH : Guan Eng SemakinTerdesak Beri Alasan Kukuh

Seronok melihat gelagat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang terpalit dengan skandal pembelian rumah banglo mewah dan tanah Taman Manggis…. Guan Eng semakin terdesak untuk memberi alasan kukuh berhubung skandal terbabit.

Kita imbas kembali alasan-alasan Guan Eng untuk membuktikan dirinya tidak bersalah berhubung isu pembelian rumah banglo mewah di Jalan Pinhorn yang dibelinya di bawah harga pasaran.

Pertama kali isu ini didedahkan oleh pemimpin pemimpin Barisan Nasional (BN), Guan Eng telah mengajak pemimpin tersebut untuk bersemuka sambil minum kopi di pejabatnya untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Selepas dikecewakan oleh pemimpin BN apabila pemimpin terbabit tidak menghadirkan diri dalam sesi minum kopi itu, Guan Eng mengambil keputusan untuk membuat rumah terbuka sempena pembelian rumah tersebut dengan menjemput pengamal media.

Walaupun Guan Eng telah membuat rumah terbuka kepada pengamal media, tindakan tersebut tidak ‘kukuh’ untuk membuktikan Guan Eng tidak bersalah dalam isu skandal ini dan telah dikecam teruk oleh rakyat khususnya rakyat Pulau Pinang.

Rakyat Pulau Pinang yang marah dengan Guan Eng berhubung isu skandal ini telah bersatu hati dengan berhimpun di hadapan tanah Taman Manggis pada Jumaat lepas, bagi mendesak Ketua Menteri itu meletak jawatan dan pulang ke negeri asal.

Selepas itu, Guan Eng yang semakin menggelabah dengan kecaman oleh rakyat, menyatakan rumah yang dibeli dengan harga dibawah pasaran adalah disebabkan rumah terbabit tidak mempunyai kolam…. Dalam masa sama Guan Eng turut menyatakan beliau enggan tinggal dikediaman rasmi Ketua Menteri kerana rumah terbabit dipenuhi jentera anai-anai dan semut.

Alasan demi alasan diberikan Guan Eng bagi membuktikan dirinya tidak bersalah… Sehingga pada satu tahap, Guan Eng mula menuding jari menyalahkan BN ekoran skandal yang terpalit itu.

Menurut sumber terkini yang diperolehi Andy, Guan Eng mula memberi alasan paling ‘kukuh’ dengan mengatakan rumah yang dibelinya lebih baik kerana rumah kediaman rasmi dihuni oleh musang.

Dengan alasan demi alasan yang diberikan Guan Eng ini, jelas membuktikan Guan Eng terdesak untuk memberi alasan ‘kukuh’ bagi membuktikan dirinya tidak bersalah dalam pembelian banglo mewah dibawah harga pasaran tersebut.

Bukan alasan yang akan membuktikan diri Guan Eng berada di pihak benar atau sebaliknya… Sebaliknya siasatan yang dilakukan pihak SPRM dan PDRM akan membuktikan sama ada Guan Eng didapati bersalah atau tak.

Oleh yang demikian, Guan Eng disaran untuk terus berhenti bersuara memberi alasan demi alasan… Apa yang perlu dilakukan Guan Eng adalah memberi kerjasama terhadap pihak SPRM dan PDRM… Selain itu, Guan Eng disaran untuk mengambil cuti bagi membolehkan siasatan dilakukan dengan lancar tanpa diganggu. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2