Ikan talang masin masak asam

 lauk yang simple tapi memang boleh buat nasik bertambah2…. ikan masin ni kak rose bli di pekan tanjung dawai masa g jenjalan kesana ari tu… rambang sungguh tengok ikan masin yang berbagai2 tu… tapi kak rose cuma beli ikan masin gelama dan ikan talang jer… tak leh beli banyak2 nnti itu darah ada naik atas jugak! so beli setakat sekali dua makan cukup lah kan..

suka dengan masak sempoi cenggini…. resepinya kak rose copy dari sini. mekasih ya.

Bahan-bahan (tak dak sukatan ok, agak-agak saja banyak mana nak masak)
isi ikan talang masin – rendam sebentar dan tos. goreng garing, ketepikan
cili kering – kerat 2-3 bhg, rendam lembut dan tos
bawang besar – hiris bulat
bawang putih – hiris
air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
sedikit minyak masak

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili sehingga agak lembut masukkan air asam jawa.
3. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan talang dan gaul sebati. Siap.

ep2p-5small