HTC 10 Bakal Menyertakan “BoomSound Terbaik Pernah Dihasilkan”

Tinggal tujuh hari sahaja lagi sebelum HTC 10 akan dilancarkan secara rasmi. Beberapa teaser telah dihasilkan oleh HTC yang menunjukkan beberapa penekanan yang mereka lakukan pada kualiti binaan dan juga kemampuan kamera bertaraf dunia peranti utama terkini mereka ini. Semakin hampir kepada pelancaran, semakin banyak teaser diperlihatkan. Hari ini HTC mengeluarkan video pendek tentang kemampuan audio peranti ini pula.