Guan Eng Boleh Berdebat Selepas Selesai Siasatan


Debat di antara Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dijadualkan berlangsung pada 19 April ini, terpaksa dibatalkan atas arahan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Azam Baki.

Pembatalan debat ini dibuat kerana dikhuatiri akan mengganggu siasatan berhubung tanah Taman Manggis dan pembelian banglo mewah di Jalan Pinhorn oleh pihak berkenaan.

Walaupun arahan ini telah dikeluarkan bagi tidak mengganggu kerja-kerja siasatan, pemimpin DAP tidak dapat menerima keputusan ini dan cuba menuduh pihak berkenaan cuba menyelamatkan Rahman Dahlan dari berdebat dengan Guan Eng secara siaran langsung.

Malah, pemimpin DAP turut menuduh Rahman Dahlan sebagai seorang yang pengecut apabila menarik diri dari berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang selepas arahan ini dikeluarkan.

“Kami mengulangi pendirian bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sentiasa bersedia dan berani untuk berdebat dengan Datuk Abdul Rahman Dahlan mengenai isu tanah Taman Manggis dan pembelian banglonya.

“Biarlah rakyat menilai kredibiliti Datuk Abdul Rahman Dahlan dan melihat permainan politik kotornya, untuk cuba menjatuhkan kedudukan politik Lim Guan Eng dengan melemparkan pelbagai tuduhan liar melalui media arus perdana dan menafikan hak Guan Eng untuk mempertahankan dirinya melalui saluran yang sama,” kata Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke.

Memang begini sikap pemimpin DAP… Tak pernah nak mendengar dan menerima arahan yang telah dikeluarkan… Arahan itu bukan untuk menyelamatkan sesiapa, tetapi mahu melancarkan siasatan.

Sekiranya, DAP berkeras mahu berdebat dengan Rahman Dahlan yang mempunyai bukti-bukti penyelewengan Guan Eng, DAP perlu mengarahkan Guan Eng supaya ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan dan selepas itu, DAP perlu bersabar sehingga siasatan ini selesai dilakukan.

Selepas siasatan ini selesai, DAP boleh pilih sahaja tarikh untuk diadakan debat antara Guan Eng-Rahman Dahlan… Rahman Dahlan bersedia untuk berdebat sebaik selesai siasatan kerana tiada lagi halangan untuk tidak diteruskan debat ini. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small