Gadis Maut Dilanggar Kereta Api Ketika Sedang Selfie Di Tepi Landasan

Selfie untuk mendapatkan gambar yang menarik dan rare sampai sanggup membahayakan diri, memang kerap didengari.. Maklumlah orang jenis macam tu batak ‘like’ untuk gambar yang dorang ambil.. Bila berjaya mendapat gambar yang cantik dan rare, baru lah dorang merasakan puas dan ramai yang akan tertarik walaupun terpaksa membahayakan nyawa diri sendiri.. Betul tak??

Kemalangan ngeri melibatkan kaki gila selfie pun dah banyak berlaku.. Ada yang jatuh dari gunung tinggi, terkena kejutan voltan tinggi, tertembak diri sendiri bila acah-acah menggayakan dengan pistol dan banyak lah lagi.. Kali ni berlaku kemalangan ngeri melibatkan seorang gadis di Foshan, China. Gadis tersebut maut selepas dilanggar kereta api ketika sedang selfie di tepi landasan, pada 9 April lalu..

Dah tahu kereta api bergerak laju di landasan, tapi gedik nak membahayakan diri pergi selfie tepi tu pasal apa?? Gara-gara nak selfie, nyawa pun melayang ‘disapu’ kereta api! Sendiri cari pasal, tanggung lah! Gambar gadis malang berusia 19 tahun tu dirakam oleh seorang pelancong yang kebetulan berada di situ..

Menggerikan dilanggar kereta api, berkecai habis isi-isi badan.. Huhuhu.. Berdasarkan beberapa gambar yang dirakam oleh pelancong tu, gadis malang tu sedang selfie di tepi landasan sebelum sebuah kereta api melanggarnya.. Gadis tu dijumpai terbaring di bahagian semak dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian..

Hasil siasatan mendapati mangsa tidak berdiri di atas landasan yang terletak dengan lokasi pelancongan ketika kejadian.. Biasalah orang tak faham bahasa dan degil, walaupun dah ada papan tanda yang memberi amaran supaya pelancong tidak dibenarkan berada terlalu dekat dengan landasan kereta api.. – MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small