Gadis bertudung Hina Lelaki dari negeri Kelantan di Facebook.

Orang selalu kata jangan menilai seseorang tu dari rupa parasnya, betul tak?? Cantik tak semestinya sempurna dari segalanya, macam minah bertudung di atas tu! Harapkan muka jer cantik tapi mulut macam puaka!

Uishh! Sedap mulut dia jer mengatakan negeri Kelantan macam Kelantaik?? Kalau orang Kelantan baca status minah yang dikenali Lakity Kitylala berdasarkan nama Facebooknya mampos dimaki-maki..

Jangan main-main dengan orang Kelantan, sekali dorang bidas terdiam korang.. Hihhihi.. Tapi minah Lakity tu betul-betul kurang ajar lah!

Sedap mulut dia jer mengatakan Kelantan negeri termiskin, melahirkan keturunan jantan kaki judi, jantan hisap syabu, jantan jual dadah, jantan kaki ragut, jantan suka jual isteri, jantan malas kerja, jantan selekeh dan macam-macam lah lagi..

Kalau nak diikutkan apa yang diluarkan minah tu, macam dia pernah berkawan dengan orang Kelantan jer.. Maybe disebabkan lelaki tu buat dia kecewa dan tinggalkan dia, itu sebab dia meroyan macam kehilangan suami.. Lepas tu tak boleh blah kata disebabkan negeri tu melahirkan keturunan tak guna macam tu, Tuhan bagi bala banjir teruk setiap tahun..

Mulut minah tu memang macam puaka lah, agak-agak lah nak mengeluarkan status macam tu pun.. Tak ada adab langsung sampaikan membabit pasal bala bagai.. Takut nanti, diri dia jer menerima bala selepas muat naik status menghina orang macam tu..

Ingat yer, setiap perbuatan dilakukan dan kata-kata yang menyakitkan hati orang lain, pasti ada balasannya nanti! Manalah tahu nanti senget mulut tu baru tau, tak ada siapa nak kat dia nanti.. Dasar perempuan tak ada adab, huh! MissHana/Utaranews.com

ep2p-5small