Chrome 50 Diperkenalkan – Lebih Stabil, Pantas, Dan Menambah-Baik Notifikasi

Google hari ini telah mula memperkenalkan pelayar web versi terkini mereka kepada pengguna seluruh dunia, iaitu Google Chrome 50. Ia telah diperkenalkan dan sedia dimuat-turun dan dikemaskini oleh pengguna Windows, Mac dan Linux.

Google Chrome LogoGoogle Chrome 50 menyertakan pelbagai kemaskini sekuriti dan mengatasi masalah pepijat yang telah dikenal-pasti. Selain itu, pihak Google turut memberikan nafas baru untuk push notification – serta memberikan lebih kawalan seperti perlu mengeluarkan bunyi atau senyap sahaja. Pembangun turut boleh mengimplementasi paparan beberapa info tambahan pada notifikasi yang dihantar.

Disamping itu, kini Chrome 50 beroperasi dengan lebih pantas, dan sesuatu laman boleh menetapkan supaya sesetengah kandungan dimuatkan terlebih dahulu untuk menjadikan akses melayari laman web mereka lebih pantas.

Bagi anda yang menggunakan Google Chrome, anda boleh mengemaskini pelayar web anda, dan menikmati pelbagai ciri-ciri baru yang dibawakan ini.