BlackBerry Akan Hadir Dengan Dua Telefon Android Berspesifkasi Pertengahan Tahun Ini

BlackBerry pada tahun ini dilihat akan terus memfokuskan kepada penawaran telefon pintar berasaskan sistem operasi Android. Melalui temuramah khusus, CEO BlackBerry mengatakan mereka akan hadir dengan dua telefon pintar Android pada tahun ini.

BlackBerry Priv

Berbeza dengan PRIV sebelum ini, untuk penawaran kali ini, peranti berspesifikasi pertengahan dijangka ditawarkan – sekaligus menjadikan harga jualannya jauh lebih rendah berbanding BlackBerry PRIV.

Sebelum ini, BlackBerry PRIV telah dilancarkan di Malaysia pada harga mencapai RM3599, sekaligus membuatkan ramai memilih alternatif lain sebagai ganti untuk PRIV.

Dua telefon pintar yang bakal diperkenalkan, satu bakal membawakan skrin sentuh sepenuhnya, sementara satu lagi akan hadir dengan papan kekunci QERTY.

Untuk peminat sistem operasi BlackBerry 10, berita sedih untuk anda, dimana menurut CEO Blackberry, mereka tiada perancangan untuk hadir dengan telefon pintar Blackberry 10 buat masa ini.

ep2p-5small