Bari Bakal Ditaja Petronas RM22j Setahun?

Ade5KUALA LUMPUR 24 April – Kelab bola sepak Itali, FC Bari 1908 yang baru dibeli oleh jutawan Malaysia, Datuk Dr. Noordin Ahmad dikhabarkan bakal menerima suntikan kira-kira 5 juta Euro (RM22 juta) setahun untuk tempoh lima tahun akan datang daripada Pe­t­ronas.

Memetik laporan akhbar harian dalam talian Itali, Barinelpallone, khabar a­ngin itu bertiup kencang setelah pertemuan antara Noordin dengan Duta Malaysia ke Itali, Datuk Abdul Samad Othman di Stadium San Nicola ketika perlawanan Bari menentang Modena yang berkesudahan seri 1-1, semalam.

Kedua-duanya bertemu buat pertama kali sejak Noordin, 56, tiba di Itali bagi memuktamadkan pembelian 50 peratus kepentingan kelab yang berpangkalan di Apulia itu, dengan nilai 12 juta Euro (RM53.159 juta), 15 April lalu.

“Noordin kali ini tidak bersendirian, dia ditemani Abdul Samad bagi membincangkan tentang kepentingan dua hala (Itali dan Malaysia).

“Pertemuan itu seperti membincangkan tentang penajaan daripada Petronas, iaitu syarikat pengeluar minyak Malaysia yang dikhabarkan akan menyuntik kira-kira 5 juta Euro (RM22 juta) setahun bagi tempoh lima tahun.


Noordin Ahmad, bari calcio“Petronas merupakan jenama yang terkenal di seluruh dunia setelah menaja pasukan Formula Satu (F1),” kata Barinelpallone dalam laporan tersebut.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai penajaan tersebut, Abdul Samad bagaimanapun enggan melayani sebarang khabar angin.

Beliau sebaliknya menyatakan sokongan terhadap sebarang tindakan yang membawa keuntungan kepada kedua-dua buah negara.

“Saya tidak berminat untuk bercakap tentang sebarang jenis gosip (berkaitan Bari).

“Saya hadir ke sini hanyalah mahu bersorak untuk pasukan ini, selain menyatakan sokongan kepada Noordin, Bari dan Itali melalui kerajaan Malaysia dalam apa jua siri projek yang bermanfaat.

“Saya harap Bari bakal menjadi pasukan yang hebat pada masa akan datang menerusi hubungan kedua-dua negara ini,” kata Abdul Samad.

utusan

Comments

comments

ep2p-2