Artis-artis Lama Mula Mendalami Ilmu Agama

Dah lama tak nampak artis-artis lama seperti Hairi Othman, Bob Lokman, Wahid Senario dan Ezani di kaca TV.. Biasalah bila terlalu ramai artis-artis baru dah masuk dalam industri hiburan, artis-artis lama mula dipandang sepi..

Pelakon Fizz Fairuz pun dah tak laku untuk diberi tawaran berlakon.. Ini kan pulak artis-artis veteran yang dah lama tak muncul di TV.. Memang lagi susah nak dapat tawaran berlakon..

Artis ni bila dah tak dapat tawaran berlakon, mula la nak berhijrah ke arah kebaikan.. Waktu jadi artis terkenal dapat duit banyak setiap kali shooting, tak ada pulak fikir nak mendalami ilmu agama..

Bila dah tak dapat tawaran berlakon dan ada banyak masa terluang, baru nak mula mendalami ilmu agama.. Miss A dapat tahu, beberapa orang artis dah mula menghadiri beberapa forum keagamaan..

Ada beberapa keping gambar Hairi, Bob, Wahid dan Ezani di lihat bersama-sama telah mendengar ceramah agama.. Miss A tak pasti mereka mendengar ceramah agama di mana.. Tapi, mereka sering dilihat berada di majlis-majlis agama oleh penduduk.. Baguslah kalau betul berita yang Miss A dapat ni.. Sampai bila nak jadi popular dan dikenali ramai sebagai seorang artis.. – MissA/UtaraNews.com

ep2p-2