Anda Kelak Boleh Menonton Perlawanan Dota 2 Dalam Paparan Realiti-Maya

Permainan Dota 2 merupakan salah satu permainan popular di seluruh dunia, dan ia merupakan salah satu fokus utama dalam arena e-sukan. Terkini, Valve memperlihatkan sebuah video ringkas untuk permainan Dota 2 – dan menariknya ia dilihat dalam bentuk realiti-maya.

Daripada apa yang dipertontonkan, pengguna boleh menonton perlawanan Dota 2 dalam sebuah teater maya, dan pada masa yang sama mengawal beberapa elemen, termasuk melihat statistik pemain dan sebagainya.