Amazon Web Services Membuka Pejabat Di Malaysia

Sama ada sedar atau tidak negara kita mempunyai tenaga IT yang mahir dan berkhidmat untuk konglomerat besar. Google, PayPal, Intel, AMD adalah antara nama-nama gergasi teknologi yang membuka pejabatnya di Malaysia. Pada hari ini Amazon Web Services, salah satu cabang perniagaan Amazon telah mengumumkan pembukaan cawangan pejabatnya di Malaysia.

Bagi anda yang tidak mengenali Amazon Web Services, mereka merupakan penyedia infrastruktur internet yang menawarkan pelbagai fungsi dan solusi untuk pembangun web. Antaranya seperti storan awan, khidmat server pelayan, dan pelbagai lagi. Perkhidmatan sebegini juga digunakan jenama terkemuka startup tempatan seperti iFlix, KFit, Grab, dan juga organisasi besar seperti Maybank, Fraser & Neave (F&N) dan AmInvest.