111 Maut Akibat Cuaca Panas Di Selatan India

ANDHRA PRADESH (INDIA) – Sekurang-kurangnya 111 maut akibat cuaca panas di Andhra Pradesh dan Telangana, selatan India, lapor The India Express.

 

Seramai 66 maut di Telangana sementara 45 dilaporkan maut di Andhra Pradesh.

 

Kebanyakan kematian dilaporkan berlaku sepanjang minggu lalu.

 

Menurut jabatan pengurusan bencana Telangana, daerah Mahbubnagar menyumbang jumlah tertinggi kematian iaitu 28, manakala 11 orang mati di daerah Medak.

 

Keadaan cuaca panas turut menyebabkan tujuh maut di Nizamabad, lima masing-masing di Khammam dan Karimnagar, masing-masing empat di Adilabad dan Warangal dan dua di Nalgonda.

 

Tiada kematian dilaporkan dari Hyderabad dan daerah Ranga Reddy.

 

Menurut jabatan MET, terdapat peningkatan ketara dalam suhu maksimum pada satu atau dua tempat di Telangana pada Khamis.

 

Purata suhu maksimum tertinggi 41 darjah Celsius dicatatkan pada Nalgonda, Hanamakonda, Khammam, Mahbubnagar dan Ramagundam.

 

Sementara itu, di Andhra Pradesh, 45 orang meninggal dunia akibat cuaca panas sepanjang minggu lalu.

 

Timbalan Ketua Menteri, N Chinna Rajappa berkata, di Vijayawada 16 kematian telah dilaporkan dari daerah YSR Kadapa manakala Prakasam pula 11 kematian.

 

Empat maut dalam Anantapur, masing-masing tiga di Vijayanagaram, Chittoor dan Kurnool, masing-masing dua di Srikakulam dan Krishna daerah dan satu di daerah West Godavari.

 

Rajappa berkata, kerajaan akan melanjutkan semua bantuan kepada keluarga mangsa yang terjejas.

 

Tambahnya, hospital di seluruh negeri telah dimaklumkan untuk bersedia untuk menangani keadaan.

 

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan keluar dari rumah pada setiap hari, terutama antara 12 tengah hari dan 3 petang,” katanya.