Zahid Hamidi Dedah RAHSIA BESAR Negara!!

Timbalan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan satu rahsia besar negara mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dikhabarkan bakal diculik oleh kumpulan militan Daesh pada tahun lalu.

Zahid mendedahkan rahsia terbabit di dalam Dewan Rakyat sebentar tadi bagi menyedarkan Ahli Parlimen, khususnya pemimpin pembangkang bahawa negara mempunyai isu yang lebih besar berbanding perjuangan mereka yang berebut-rebut menjadi Perdana Menteri.

Zahid turut memaklumkan bahawa kumpulan militan Daesh tidak mensasarkan Perdana Menteri sebagai mangsa, sebaliknya pemimpin-pemimpin tertinggi termasuk pemimpin pembangkang turut menjadi sasaran kumpulan terbabit.

“Daesh turut menjadikan beberapa orang pemimpin tertinggi negara sebagai sasaran mereka untuk diculik. Pada 30 Januari 2015 seramai 13 orang dengan elemen Daesh telah merancang untuk menculik pemimpin termasuk Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan,” kata Zahid.

Seperti yang kita ketahui, pembangkang serta Mahathir pada hari ini terlalu taksub untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, sehingga sanggup memfitnah kerajaan.

Malah, dengan maklumat yang disampaikan Zahid Hamidi ini, puak pembangkang telah menjadikan ia sebagai ‘modal’ untuk mereka berjenaka, walaupun nyawa mereka juga terancam.

Menurut puak pembangkang, ini hanya rekaan Zahid Hamidi untuk mengalihkan isu besar yang sedang dipikul oleh kerajaan Najib. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-5small