Viral : Timbalan Menteri Duduk Di Atas Jalan Berlubang

Viral apabila Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah bergambar sambil duduk di atas jalan berlubang di kawasannya.

 

Menurut Pemilik akaun Mat Kilau Penang memuat yang naik status perkara tersebut berkata, perkara itu tidak pernah dilakukan oleh mana-mana orang kenamaan lain.

 

“Tak pernah terjadi di Malaysia ini kali pertama. Kalau MP atau Adun biasa MKP tak berapa heran sangat akan tetapi Timbalan Menteri beb…MKP tak pernah dengar nama beliau sebelum ini. Mungkin kurang isu yang menarik perhatian MKP kot.  Beliau boleh bergambar duduk di atas jalan yang berlubang di kawasannya.

 

“Sebagai wakil rakyat, beliau amat prihatin dengan masalah jalan berlubang. Kalau macam ni jadinya, rasanya Timbalan Menteri ni dah tak boleh tahan bila aduan tidak dipedulikan oleh pihak yang berkenaan,”tulisnya.

 

Menurut Mat Kilau penang lagi, mungkin cara ini lebih yang berkesan.

 

“Mungkin ada ADUN, AHLI PARLIMEN, TIMBALAN MENTERI atau MENTERI boleh meniru aksi yang sama. Untuk makluman jalan tersebut telah pun dibaiki setelah kisah ini dimuat naik beliau pada Sabtu lalu,”akhirnya.-SuaraTV

 



This entry was posted in Laporan Khas, Terkini. Bookmark the permalink.