Video: Tindakan Muhyiddin-Muhkriz Tidak Boleh Dimaafkan

GOMBAK – Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perbuatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berada dalam perjanjian menandatangani deklarasi semalam, disifatkan sebagai perbuatan yang tidak boleh dimaafkan.

 

Menurut Reezal, sebagai ahli parti Muhyiddin dan Mukhriz seharusnya bekerja dalam satu jemaah dan mematuhi adab yang telah ditetapkan.