Video: Perompak Menyanyi Dalam Mahkamah Untuk Minta Maaf

Seorang lelaki yang didakwa di mahkamah atas kesalahan rompakan merayu kepada hakim untuk meringankan hukuman dengan menyanyi seperti lagu ‘Hello’ dendangan Adele.

 

Namun liriknya diubah dengan ungkapan seperti “I am sorry for the things I have done” (“Saya minta maaf atas tingkah laku saya”) dan “To my mother, I am sorry” (“Kepada ibu saya, saya mohon maaf”).

 

 

Lapor The Huffington Post, Brian Earl Taylor ditahan di Ypsilanti, Michigan pada November 2015 kerana mengacu pistol ke arah perut mangsa dan kemudian memaksa mangsa menaiki kereta.

 

Seterusnya, Taylor dan dua rakan subahat yang lain telah ke rumah mangsa lalu merompaknya.

 

‘Persembahan’ Taylor itu turut disaksikan oleh mereka yang turut berada di ruang yang sama di bilik mahkamah tersebut.

 

Pada penghujungnya, Taylor turut memohon maaf kepada ibunya dan juga kepada mangsa.

 

Dia kemudian menjelaskan bahawa beliau merancang untuk mendapatkan ijazah dalam jurusan pengurusan perniagaan di Eastern Michigan University.

 

Beliau juga mahu menjadi lebih aktif dalam aktiviti di gereja dan menjadi contoh kepada adiknya dan menolong ibunya.

 

Laporan juga menyebut, walaupun hakim Darlene O’Brien berkata Taylor merupakan anak muda yang berbakat, beliau menolak permintaan Taylor untuk dipenjara selama 36 bulan.

 

Sebaliknya, O’Brien berkata hukuman minimum adalah 50 hingga 100 bulan di penjara.



This entry was posted in Luar Negara, Terkini and tagged Brian Earl Taylor. Bookmark the permalink.