Video: Pasukan Bomba Bidas Pemandu Pentingkan Diri Sendiri

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membidas pengguna jalanraya yang mementingkan diri sendiri sehingga menggangu operasi menyelamat yang dijalankan.

 

Pengendali laman Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia turut menggesa agar pemandu yang mementingkan diri sendiri itu berubah sikap demi kebaikan semua pihak.

 

“Bayangkan sekiranya situasi sebegini yang harus dilalui oleh Anggota Penyelamat hanya kerana sikap pemandu yang pentingkan diri sendiri dengan memandu di lorong kecemasan.

 

“Sekadar paparan agar menjadi iktibar dan ubahlah sikap kita demi masyarakat bersama,” ujar pengendali laman tersebut.