Tun Mahathir Telah DIPERBODOHKAN Oleh Pakatan Harapan

Heboh diperkatakan kononnya agenda ‘Selamatkan Malaysia’ dicipta bagi memperjuangkan maruah negara, mempertahankan hak-hak rakyat dan menyelamatkan negara dari ‘perosak’, iaitu  Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tapi sebenarnya ada udang disebalik batu, seperti yang kita semua jangkakan pastinya persepakatan itu bukan demi rakyat semata-mata. Nahhhhh, memang betul sangkaan tersebut, agenda ‘Selamatkan Malaysia’ kini lebih sesuai dipanggil agenda ‘Selamatkan Anwar’.

Kahkahkah… Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah terkena! Malah rakyat juga sudah kena kencing dengan Pakatan Harapan (PH). Menakjubkan permainan mereka, setelah segala perjanjian ditandatangani.., barulah syarat-syarat dihebahkan.

Korang tahu… Agenda utama dalam usaha ‘Selamatkan Malaysia’ sebenarnya adalah usaha untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di dalam tahanan penjara. Nasib rakyat yang PH kononnya perjuangankan daripada ‘pemusnah’ negara bagaimana pula?? Itu hanya sebagai alasan untuk mendapatkan sokongan pemimpin berpengaruh seperti Mahathir.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, sama ada setuju atau tidak perjanjian telah ditandatangani. Mahathir dan sekutunya yang lain harus terima tuntutan tersebut, ini bagi menjayakan agenda mereka untuk menjatuhkan Najib.

“Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh yang merentasi batasan politik termasuk Tun Mahathir Mohamad dan pimpinan Pakatan Harapan dan pembangkang yang lain, adalah pengakuan tokoh-tokoh pimpinan Umno/Barisan Nasional sendiri bahawa institusi-institusi kerajaan telah dirosakkan oleh pentadbiran Umno/Barisan Nasional,” katanya.

Tambah Wan Azizah, selepas sahaja Mahathir menandatangani perjanjian tersebut, maka dengan itu bermaksud Mahathir bersetuju bahwa Anwar sebenarnya adalah mangsa kepada  institusi yang dirosakkan itu.

“Oleh yang demikian, Pakatan Harapan pada hari ini menetapkan bahawa agenda pembebasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda utama, yang akan dibawa bersama-sama agenda reformasi yang lain dalam usaha menyelamatkan Malaysia,” katanya lagi.

Turut menyokong tuntutan pembebasan Anwar adalah Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang. Jelas di sini, mereka tidak peduli sama ada geng Mahathir setuju atau tidak dengan agenda pembebasan Anwar. Malah PH tidak perlu persetujuan dari Mahathir, sebaliknya pemimpin selama 22 tahun itu perlu turuti kemahuan PH sekiranya Mahathir ingin menjayakan muslihatnya untuk menjatuhkan Najib.

“Berapa ramai Ahli Parlimen yang dia (Mahathir) ada?” soal Kit Siang.

Nampak tak bahawa sebenarnya Mahathir cuma seekor lembu yang dicucuk hidungnya, malah sudah termasuk ke dalam jerat yang dipasang PH. Mahu atau tidak, perjanjian sudah termeterai. Hahaaaa… Orang tua tu sudah diperbodohkan di hadapan seluruh rakyatnya. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small