Tindakan Tun M Mahu Saman Najib Hanyalah Agenda Politik – KJ


Tindakan guaman yang difailkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Tun Dr Mahathir Mohamad hanyalah kesinambungan agenda politik untuk menggulingkan perdana menteri, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

“Bagi parti dan kerajaan, kami menyokong penuh perdana menteri dan kami berpandangan bahawa ia (tindakan guaman) adalah perlanjutan agenda politik untuk menggulingkan perdana menteri,” kata Khairy.

Rabu lepas (23 Mac) Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri, bekas Naib Ketua UMNO bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan bekas anggota UMNO bahagian Langkawi Anina Saadudin memfailkan saman terhadap Najib, berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad.

ep2p-5small