status-traore-ilijoski-lucca-dan-mckain-dalam-bahayaPenasihat Kehormat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman bertekad mahu membawa pemain import baharu ke Kelantan sekalipun Presiden KAFA Tan Sri Annuar Musa menegaskan pemain sedia ada harus diberikan masa terlebih dahulu.

Tan Sri Annuar Musa sebelum ini menyuarakan pendapat bahawa kehadiran Datuk Seri Vida (DSV) di Sepanyol tiada kena mengena dengan KAFA dan lawatan itu lebih kepada tujuan melancong.

Jutawan kosmetik itu tidak menafikan bahawa kehadiran dirinya ke Madrid bersama keluarga adalah dengan tujuan melancong namun pada masa yang sama mengambil kesempatan itu mengintai pemain import berkualiti.


Difahamkan, DSV berkenan membawa seorang pemain penyerang berusia 26 tahun kelahiran Portugal yang sedang beraksi bersama Divisyen Dua Liga Sepanyol.

DSV menegaskan niatnya itu semata-mata mahu memastikan pengambilan pemain import disaat akhir tidak berulang.

“Masih ada masa lagi untuk mereka buktikan sebelum pintu perpindahan pemain dibuka semula. Saya tak nak bayar gaji tinggi tapi main macam tak berapa nak molek, tak berbaloilah,” katanya yang dipetik dari laporan media tempatan.

Pada masa sama, pemilik Vida Beauty itu menyatakan bahawa keputusan hanya akan dibuat setelah balik ke Malaysia.

Comments

comments