Sniper Elite 4 Akan Hadir Tahun Ini

Jika anda seorang sadis yang gemar memainkan watak penembak tepat, Sniper Elite ialah siri permainan yang jatuh ke dalam kategori harus dimiliki. Kami mengakui kami tergolong di dalam kategori ini dan siri ini membenarkan kami memenuhi fantasi menembak kepala dan alat sulit anggota Nazi secara gerak perlahan. Siri ini memang terkenal dengan animasi kematian musuh yang bukan sahaja ganas tetapi akan membuatkan pemain bersorak keriangan kerana amat realistik.