Saya Akan Jelaskan Semua Isu Lagi Dua Hari – Muhyiddin

Sepang – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan akan menjelaskan semua isu yang berkaitan dengan dirinya dalam masa terdekat.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) selepas pulang dari bercuti turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokongnya.

 

“Saya akan adakan sidang akhbar dua hari lagi di mana saya akan jelaskan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan pengantungan dan kedudukan saya di dalam Umno dan hal-hal yang perlu saya jelaskan.

 

“Sementara itu saya masih berada di dalam Umno dan saya ucap terima kasih kepada semua sahabat yang masih datang memberikan sokonga  kepada saya” katanya ringkas sebelum beredar.

 

Turut hadir ketika menyambut Muhyiddin sebentar tadi ialah Mazlan Aliman dan Suhaizan Kaiat yang mewakili parti Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (Amanah).

 

Terdahulu kira-kira 50 orang penyokong hadir bersama kain rentang sebagai tanda sokongan terhadap Muhyiddin. – SuaraTV.

 

 

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

 

 



This entry was posted in Politik, Terkini. Bookmark the permalink.