Rakyat Mula Salahkan Peniaga Tak Turunkan Harga Barang

Dulu.., bila kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak ekoran harga minyak dunia naik, peniaga sering mengambil kesempatan menyalahkan kerajaan untuk menaikkan harga barangan mereka…. Nak kaut untung lebih katakan.

Kini.., bila kerajaan menurunkan harga minyak, tidak pula peniaga-peniaga menurunkan harga mereka… Mereka tetap mengekalkan harga yang telah dinaikkan sebelum ini… Nampakkan permainan peniaga tamak ni??

Menurut seorang netizen Alif musa, beliau hairan dengan sikap peniaga yang masih mengekalkan harga lama, walaupun harga minyak telah turun… Sepatutnya, peniaga telah menurunkan harga barangan kerana peniaga sebelum ini sering memberi alasan harga minyak naik.


“Kalo dulu harga barang naik peniaga akan salahkan minyak naik sebab semua urusan bisnes menggunakan kenderaan dan kenderaan tu isi minyak. Now, minyak dah beberapa kali turun, aku pi beli sirap ikat tepi maintain sepeket RM2.10. Kat mana silapnya?” kata Alif Musa.

Susah untuk Andy menjawab persoalan Alif dimana silapnya… Mungkin silapnya terletak pada Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli… Ini kerana Rafizi Ramli seorang saja yang handal mencari jawapan begini… Hahaha.

Jawapan sebenarnya mudah saja…  Harga barang tidak diturunkan kerana sikap peniaga yang mahu mengaut keuntungan lebih… Mereka sengaja mengambil kesempatan dengan kenaikkan harga minyak untuk menaikkan harga barangan mereka.

Sekarang, bila kerajaan telah menurunkan harga minyak… Terbukti bahawa alasan peniaga menaikkan barangan sebelum ini tidak boleh diterima, dan sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga.

Jadi, sudah terbukti bahawa kenaikan harga barangan yang menaikkan kemarahan rakyat bukanlah disebabkkan harga minyak… Sebaliknya disebabkan sikap para peniaga yang TAMAK!! – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2