PKR Tolak Mahathir Sebab Tak Jujur

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menganggap Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang yang tidak jujur. Ini kerana mereka akan menolak penglibatan Mahathir dalam usaha menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekiranya penglibatannya itu hanya berlandaskan dendam dan pembalasan semata-mata.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, PKR akan membuat perbincangan bersama Mahathir terlebih dahulu hari ini. Perbincangan tersebut bagi mencari kepastian mengenai tujuan sebenar, mengapa Mahathir ingin menyertai perhimpunan dan usaha menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.

“Tunggu hari ini untuk pendirian rasmi PKR,

“Jika kita terperangkap dengan perasaan dendam atau marah atau pengalaman pahit, maka kita tidak dapat memberi tumpuan kepada keperluan utama,” katanya.

PKR bukan setakat mahu menolak penglibatan dan kerjasama bersama Mahathir sekiranya dia hanya mahu membalas dendam. Malah PKR bakal meletakkan syarat-syarat sekiranya Mahathir mahu bekerjasama, dalam perbincangan hari ini.

Tambah Izzah, keputusan sama ada PKR dan Pakatan Harapan  mahu bekerjasama atau tidak, bakal diumumkan dalam sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Mahathir .

PKR dan Pakatan Harapan tidak mahu dipergunakan oleh Mahathir semata-mata hanya untuk membalas dendam yang terbuku di hatinya. Akan tetapi mereka hanya akan terima Mahathir jika dia berpegang kepada motif utama, iaitu untuk menentang Najib dan UMNO demi ‘kelangsungan’ ekonomi negara.

Maka dengan itu Mahathir haruslah menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha untuk menyatu padukan rakyat dan puak pembangkang, dan memberi fokus untuk menjadikan Malaysia lebih baik menerusi reformasi menyeluruh. Jika Mahathir tidak mampu untuk melakukan sedemikian, maka PKR dan Pakatan Harapan tidak mahu bekerjasama dengan Mahathir. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2