PKR Tabur JANJI PALSU Kepada Penduduk Kampung Tok Suboh

Pagi tadi, Andy ada ke Kampung Permatang Tok Suboh untuk bersama penduduk di situ serta beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH)… Dalam kehadiran Andy ke kampong tersebut, Andy agak tertarik dengan ucapan yang disampaikan oleh pemimpin PKR.

Menurut PKR, kerajaan DAP Pulau Pinang serta PH  sentiasa bersama penduduk Kampung Tok Suboh untuk mempertahankan tanah yang diterokai nenek moyang mereka sejak dari tahun 1920 an lagi…. Ini janji PKR terhadap penduduk Kampung Tok Suboh.

Dalam penduduk sedang memperjuangkan tanah yang didiami mereka , pemimpin PKR boleh menipu dan menghasut penduduk kg tersebut.

PKR berterus terang sajalah, sebenarnya PH tidak bersama penduduk Kampung Tok Suboh…  PKR dan PH hanya berpura-pura bersama penduduk kampong tersebut.

Jika dilihat pagi tadi, hanya barisan pemimpin PKR saja yang bersama penduduk disitu…  Itu pun untuk menipu… Tiada seorang pun pemimpin DAP dan PAN hadir ke kampong tersebut.

Selain itu, PKR turut menuduh isu tanah Kampung Tok Suboh ini disebabkan tindakan kerajaan yang rakus mengaut keuntungan tanpa memikirkan kebajikan rakyat golongan bawahan.

Andy rasa tertanya pula… Adakah benar isu penjualan tanah ini disebabkan tindakan kerajaan yang kononnya tidak memikirkan rakyat?? Jika benar kerajaan tidak mementingkan rakyat, rasanya lepas ni eloklah kerajaan menarik balik skim bantuan yang diperkenalkan Datuk Seri Najib selama ini.

Bukan tu saja, jika benar kerajaan tidak memikirkan kebajikan rakyat golongan bawahan, masakan kerajaan sering mengesa kerajaan DAP Pulau Pinang untuk meluluskan projek perumahan mampu milik.

Justeru, Andy nak ingatkan kepada penduduk Kampung Tok Suboh agar tidak termakan dengan janji-janji yang dilemparkan PH.. Ini bagi mengelak penduduk kampong Tok Suboh menjadi mangsa seperti penduduk Kampung Buah Pala.

Disebabkan termakan dengan janji-janji yang dilemparkan PKR, penduduk Kampung Buah Pala akhirnya menderita kerana diusir secara paksa!! – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2