Pique Pemain Pertahanan Terbaik Eropah – Ferdinand

BEKAS pertahanan tengah Manchester United, Rio Ferdinand memuji pasukan Barcelona dan menganggap Gerard Pique sebagai pemain pertahanan terbaik di Eropah buat masa ini.

 

Pique turut bersama Barcelona ketika memenangi Liga Juara-Juara musim lalu dan mencapai prestasi yang cemerlang ketika pasukannya menewaskan Arsenal 2-0 dalam perlawanan pertama mereka bersama 16 pasukan terakhir baru-baru ini.

 

“Pemain pertahanan terbaik dalam Liga Juara-Juara sekarang? Sudah semestinya Pique. Ketika saya berkunjung ke Emirated tempoh hari, saya melihat dia seperti pemain bola sepak yang tulen memandangkan sudah lama tidak melihat corak permainannya,’ kata Ferdinand kepada Squawka.

 

Pique telah diiktiraf sebagai salah seorang pemain terbaik selama beberapa tahun berikutan mempunyai ketinggian yang sesuai dan kekuatan dari segi fizikal serta mempunyai ketepatan hantaran sebanyak 93 peratus.

 

Pemain kebangsaan Sepanyol itu telah menikmati musim cemerlangnya bersama Barcelona manakala ketika zaman muda, dia menghabiskan masa di United bersama Ferdinand.



This entry was posted in Sukan, Terkini and tagged Gerard Pique. Bookmark the permalink.