Pilih Najib, Muhyiddin KECEWAKAN Mahathir

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk terus kekal bersama parti UMNO, lantas mengecewakan harapan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Iyela, Muhyiddin kan gila kuasa, gila pangkat nak naik jadi perdana menteri.., jadi mana mungkin dia akan mengambil keputusan untuk meninggalkan parti. Daripada Muhyiddin ambil keputusan menentang Najib dari luar parti, baik Muhyiddin menentang dari dalam.

Hanya dengan cara tersebut lagi mudah Muhyiddin naik jadi perdana menteri dan menggantikan tempat Presiden UMNO yang sekarang ini disandang oleh Najib. Cuba fikirkan, kalau Muhyiddin keluar dari parti dan menentang Najib dari luar, lagi lambat la dia nak naik jadi perdana menteri. Itu pun kalau mereka berjaya tumbangkan Najib la.

Nampak tak, secara halusnya Mahathir telah dikhianati dengan perlahan-lahan… Siapa mahu ikut jejak langkah bodoh Mahathir tu?? Merajuk sikit keluar parti.. Ehhhhhhh, childishnyaaa perangai! Tambah Muhyiddin, dia tiada kena mengena dengan keputusan Mahathir yang mahu keluar parti. Itu sebenarnya adalah hak peribadi Mahathir.

“Kenapa saya harus keluar sebab dia keluar?” katanya.

Sama jugak macam anak Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Sebelum ini bukan main lagi sokong setiap tindakan bapaknya sehingga menjerat diri sendiri. Tapi kali ni dia membuat keputusan mahu terus berada di dalam parti, kononnya mahu memberi tekanan dari dalam.

Kita tengok jela sejauh mana mereka ini mampu untuk bertahan dan memberi tekanan kepada perdana menteri. Semua gila kuasa nak naik jadi perdana menteri, sampai sanggup nak menjatuhkan pucuk pimpinan tertinggi. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2