Petisyen Sokong PM Di Change.org

KUALA LUMPUR – Satu petisyen untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dimuatnaik dalam laman web www.change.org oleh seorang individu bernama Johan Rashdan.

 

Change.org ialah laman yang berpusat di Delaware, Amerika Syarikat yang digunakan sebagai platform oleh orang ramai di seluruh dunia untuk menunjukkan sokongan atau rasa tidak puas hati menerusi kiriman petisyen.

 

Sehingga kini petisyen tersebut telah memperoleh 2,687 sokongan dan memerlukan 2,300 undi bagi mencapai mencapai sasaran 5,000 sokongan.

 

Petisyen tersebut antara lain menyebut terdapat tindakan, langkah dan gerakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat secara sah dengan mengaibkan Najib dan merupakan tindakan yang bertentangan dengan Perlembagaan dan demokrasi.

 

“Menyedari hakikat di atas, maka kami rakyat Malaysia berikrar untuk menentang segala bentuk tindakan dan gerakan untuk menjatuhkan Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia dan bersetuju agar Kerajaan yang di pilih sedia ada menyambung serta menjalankan tugas-tugas mentadbir Negara sehingga Pilihanraya Umum yang akan datang,” tulis keterangan petisyen itu.

 

 

Pautan: Petisyen Sokong PM



This entry was posted in Terkini, Utama. Bookmark the permalink.