Pepijat ini Menjadikan Peranti iOS Berfungsi Dengan Lebih Pantas Dari Biasa

Semalam kami memaparkan video ujian kepantasan yang melibatkan Samsung Galaxy S7 Edge, Nexus 6P, Motorola Moto X dan Apple iPhone 6S Plus. Menakjubkan sekali iPhone 6S Plus adalah lebih pantas dari peranti-peranti Android yang mempunyai spesifikasi lebih terkini dan baik daripadanya. Tetapi sekiranya anda mahukan peranti iOS anda berfungsi dengan lebih pantas, video di bawah perlu anda tonton.

Pepijat ini menyahaktifkan kesemua animasi transisi di dalam iOS. Apabila pertukaran aplikasi dilakukan, ia berlaku sekelip mata tanpa animasi yang kini digunakan. Ia mungkin kelihatan kurang cantik berbanding sistem asal tetapi sekiranya kepantasan lebih penting berbanding estetik, ini ialah caranya.