Peguam Khir Toyo dedah fakta Skandal Banglo Mewah Guan Eng.

Bekas peguam kepada bekas Menteri Besar Selangor semalam telah tampil mendedahkan kaitan antara kes salahgunakuasa yang dihadapi oleh DS Khir Toyo, dan juga perbezaannya dengan skandal yang kini didakwa dilakukan oleh Ketua Menteri P.Pinang.

Adzly Manas didalam satu kenyataannya yang dimuatnaik kelaman media sosial menyatakan, SPRM kini mempunyai bukti yang sangat kukuh untuk mendakwa Guan Eng. SPRM juga tidak menghadapi masalah didalam dakwaan skandal banglo mewah ini kerana banglo berkenaan didaftarkan atas nama Guan Eng.

“Saya menegaskan bahawa rumah yang tidak siap (Kes Dr Khir) dengan Rumah tidak ada swimming pool (kes LGE) adalah fakta yang sangat berbeza”

“Rumah (Kes Dr Khir) nama pada geran tanahnya dan pinjaman perumahan bank di letakkan atas nama Dr Khir dan isteri manakala rumah LGE diletakkan hak atas nama beliau sendiri..” kata Adzly.

“Pada pendapat saya SPRM mempunyai rangkaian bukti yang kukuh untuk kes di syorkan untuk pendakwaan.

Berkongsi sedikit pengalaman…

Meneliti kes Mantan MB Selangor Dr Khir dan Kes pembelian rumah LGE.

“Definisi MB/CM sebagai “Penjawat Awam” telah dibahas dengan teliti oleh Mahkamah Rayuan dan juga di Mahkamah Persekutuan Malaysia.

Mahkamah Persekutuan (dulu dikenali sebagai Mahkamah Agung) telah memutuskan bahawa MB/CM adalah penjawat awam walaupun beliau duduk pada ketika itu sebagai fungsi Pengerusi Syarikat milik Kerajaan Negeri.

Di dalam Kes LGE, beliau sendiri sebagai CM mempengerusikan mesyuarat Exco Negeri. Rakyat sudah maklum bahawa CM atau MB mempunyai banyak pengaruh dan kuasa di dalam membuat keputusan dalam mesyuarat Exco Negeri.

Dari pengalaman saya… LGE pasti akan memberi alasan bahawa keputusan melulus dan menukarkan status tanah dari rumah kos rendah (disebut sebagai “tanah tersebut”) kepada projek komersial dan di awardkan kepada  syarikat (yang di katakan ada kaitan dengan pemilik rumah) telah diluluskan oleh exco kerajaan negeri dan bukan beliau sendiri.

“Saya berpendapat alasan ini merupakan satu alasan pembelaan yang amat lemah. Perlu diingatkan bahawa LGE telah menyewa rumah tersebut lebih 7 tahun yang lepas dan sudah tentu mengenali siapa Tuan Rumah tersebut.

“SPRM wajib menyiasat adanya dakwaan bahawa Tuan Rumah tersebut  mempunyai kaitan dengan syarikat yang membeli tanah pembangunan komesial ini” ujar beliau.

ep2p-2