PANEL PILIH LIMA LOGO TERBAIK HARIMAU MALAYSIA

Lima logo terbaik dari kalangan lebih 2,000 penyertaan Peraduan Mencipta Logo Harimau Malaysia telah disenarai pendek oleh panel pemilih khas yang bersidang di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.

 Panel penilai khas itu terdiri daripada:

1. Dato’ Zainol Fadzi Paharudin (Naib Presiden FAM & Pengerusi Jawatankuasa Media & Perhubungan Awam)

2. Lazarus Jansen Xavier (Penolong Setiausaha Agung FAM)

3. Pn Siti Farah Diba Abd Ghani (Pengurus Besar Pemasaran Sukan & Perniagaan, Telekom Malaysia)

4. En Izhar Atan (Naib Presiden, Sportswriters Association of Malaysia)

5. En. Tan Kien Eng (CEO, Leo Burnett)

6. Assoc. Prof. Dr. Hj. Ruslan Rahim (Pensyarah Senior, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM)

 Peraduan ini telah berlangsung selama hampir empat minggu dari 3 hingga 29 Februari 2016 dengan pada asalnya dinyatakan bahawa hanya tiga penyertaan terbaik akan disenarai pendek oleh panel pemilih khas untuk dipilih pemenangnya oleh peminat bola sepak Malaysia menerusi undian di laman web rasmi FAM.

 Namun selepas mendapat penyertaan menggalakkan lebih 2,000 penyertaan, barisan panel penilai khas berpendapat untuk menyenarai pendek sehingga lima logo terbaik.

 Lima logo ini nanti akan dipaparkan di laman web rasmi FAM untuk proses undian secara terbuka oleh para peminat bola sepak Malaysia dalam tempoh tertentu yang akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

 Pemenang logo terbaik yang dipilih akan memenangi hadiah wang tunai RM10,000 manakala empat logo lain masing-masing akan menerima wang tunai RM2,500 setiap pemenang.

 Peraduan ini diadakan bersempena pengumuman nama gelaran rasmi baharu skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaysia pada majlis yang berlangsung di ibu negara, 2 Februari 2016.

Comments

comments

ep2p-2