Orang Melayu Bodoh, Tidak Nampak Dendam DAP


Orang Melayu sebenarnya buta, bodoh! Tak nampak dendam DAP yang telah lama terbuku. Walaupun sebelum ini DAP telah banyak membuat onar, tambah-tambah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Tetapi orang Melayu tetap memujanya.

Sebab tu Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang, Mansor Othman berani mengutuk Guan Eng dan memberi gelaran ‘tokong’ kepadanya. Akibat dari itu DAP semakin berdendam dengan PKR.

Perkara tersebut didedahkan oleh bekas Ketua Pembangkang Wanita Pulau Pinang, Aminah Abdullah. Akibat dari dendam tersebut, Guan Eng bertindak memecat ADUN Kebun Bunga Cheah Kah Ping (PKR).

“DAP ni dendam kesumat dia memang daripada dulu sejak Mansor menggelarkan Guan Eng sebagai ‘Tokong’, tapi DAP terpaksa berbaik dengan PKR pun ada sebab.., iaitu nak menjatuhkan kerajaan, jadi suka atau tidak DAP terpaksa berbaik dengan PKR ni.

“Tapi PKR tak sedar benda ni, apabila mereka buat salah sikit sahaja di kawasan pentadbiran DAP, mereka juga akan turut di nyah daripada kawasan tersebut, cakap lah apa pun, memang itu lah hakikatnya DAP,” katanya

Kerakusan mereka terserlah apabila Guan Eng membawa masuk sekutunya, Anthony Loke memegang jawatan sebagai Lembaga Pengarah Penang Hill Coorporation (PHC). Kononnya Anthony layak memegang jawatan tersebut, kerana berani mengetengahkan soal pelancongan dan kebudayaan di Parlimen.

Padahal bukannya berani sangat pun, DAP bagi alasan itu kononnya  sebagai penerangan tentang pelantikan Anthony, itu semua hanya alasan semata-mata bagi mengaburi mata masyarakat umum untuk menutup niat jahat DAP.

“Mereka ni bijak, setiap kesalahan yang mereka lakukan mesti ada strategi, contohnya dalam bab nak robohkan kampung Melayu, DAP tak hantar orang Cina untuk robohkan kampung Melayu, tapi dia hantar orang Melayu juga yang robohkan rumah-rumah di situ, tapi nanti dekat PRU, Cina pula akan datang berlakon seolah-olah mereka cuba bantu orang-orang kita.

“Itu yang saya kata strategi, tapi orang Melayu ni buta, bodoh tak nampak apa yang mereka cuba lakukan terhadap orang Melayu.” tambahnya.

Mungkin orang Melayu ni buta dan tak nampak bahawa parti chauvinis sejak kebelakangan ni kerap mainkan isu agama, anti-Islam dan anti-Melayu. Tapi hairan, orang Melayu ni kadang-kadang sekali kena mereka tak serik dan suka sembah ‘tokong’ tu lagi.

“Saya kena pesan kepada generasi muda, dulu saya tak nampak apa yang mungkin berlaku, tapi bila dah duduk dekat mengenali mereka, saya kenal perangai satu per satu, tolonglah Melayu, jangan bagi kita ni berpecah balik, orang Melayu kalau sokong orang Melayu juga, kita masih ada rasa sedih, simpati, sifat ingin bantu bangsa sendiri ni ada, tapi Cina tidak.

“Kalau orang Melayu nak terus sayangkan ‘tokong’ itu, nanti suruh si ‘tokong’ tu bacakan yasin dan talqin bila ‘hangpa’ mati,” sindirnya lagi. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small