Oombrella – Payung Pintar Yang Menganalisa Cuaca Dan Mengingatkan Anda Untuk Bawa Payung

Perkembangan arena internet dan peranti berhubung membolehkan lebih banyak peranti dan peralatan pintar dibangunkan diseluruh dunia. Terkini, salah satu projek peranti berhubung yang sedang mengumpulkan dana melalui laman KickStarter adalah Oombrella.

Oombrella

Oombrella merupakan sebuah payung pintar yang hadir dengan beberapa sensor terbina – membolehkan payung ini menganalisa persekitaran dan meramalkan cuaca menggunakan beberapa data yang tersedia untuknya. Data yang dikumpulkan juga dijadikan sosial untuk dikongsikan bersama pelbagai pengguna Oombrella yang lain.

Sebaik sahaja selesai menganalisa, sekiranya hari akan hujan, maka ia akan menghantar notifikasi kepada telefon pintar anda sekiranya anda terlupa membawa Oombrella bersama-sama.