Nama Anak Lana Nordin Dipertikai Netizen

Memang dah lama peminat si Lana Nordin ni dok tertanya-tanya dengan status sebenar Lana.. Dah bersalin ke belum, dok mengandung lagi ke tidak.. Last peminat dapat tahu pasal Lana, bila dia dah sahkan sudah pun hamil..

Terbaru, ada khabar angin mengatakan Lana sebenarnya dah lama melahirkan anak sulung hasil perkahwinan dengan suaminya Mohd Daud McKienzi.. Lana tampil memaklumkan dia selamat bersalin sewaktu pertengahan Januari lalu, di salah sebuah hospital swasta Kuala Lumpur..

Pasangan ini dapat bayi perempuan dan nama yang diberi ialah Gia Quinn McKienzie.. Haa, ini yang Miss A nak story kat u’olls sebenarnya.. Sebabkan nama anak Lana ni ‘unik’ sangat, ramai netizen yang pertikaikan..

Biasalah, nama Melayu mana nak ada macam tu sangat, Timah, Joyah dan Bedah.. Selalu la dok dengar, ini nama ‘mat salleh’ sangat itu yang netizen pertikai.. Ada maksud yang baik ke kat nama ‘unik’ tu.. Susah noo nak menyebutnya..

Artis ni Miss A tengok, kalau letak nama anak kalau boleh nak yang sedap-sedap dan tak pernah didengar oleh orang je.. Kononnya tak mahu sama dengan nama orang lain, nak nama ‘unik’ je..

Kalau unik ada maksud yang baik dalam Islam ok la, ini kalau tak ada maksud atau maksud tak elok, kan tak sedap didengar.. Dah la anak perempuan, terbelit-belit lidah bakal suami anak Lana nanti nak sebut nama masa akad nikah nanti.. Hahaha.. – MissA/UtaraNews.com

ep2p-2