Mukhriz Sudah Kehabisan Modal, Ungkit Kisah Dana RM2.6 Bilion

Sudah muak hendak didengar, balik-balik musuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggunakan modal dana RM2.6 bilion untuk dijadikan isu. Nampak sangat yang mereka ini terlalu terdesak untuk memburukkan Najib, sampai terpaksa recycle isu lama. Dah basi laaa weiii!

Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sekali lagi berlagak seperti hero negara. Konon buat pendedahan mengenai perbelanjaan RM1.5 bilion yang digunakan untuk pilihan raya umum ke-13 yang lepas.

Dengan nada yang tidak berpuas hati dia mengungkit kisah lapuk mengenai wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, yang didakwa sebagai sumbangan politik dari Timur Tengah.

Soalnya, kenapa Najib boleh kembalikan RM2.03 bilion daripada RM2.6 bilion jika RM1.5 bilion telah dibelanjakan untuk pilihan raya?? Jika mengikut pengiraan sebenar, baki RM2.6 bilion haruslah sebanyak RM1.1 bilion.

“Apa yang saya dapati pelik dan ingin tahu tentang RM2.6 bilion yang didakwanya derma (dari) Arab, adalah jika beliau membelanjakan RM1.5 bilion pada pilihan raya umum ke-13 maka yang tinggal hanya RM1.1 bilion.

“Macam mana dia boleh kata pulangkan RM2.03 bilion balik kepada Arab? (Bagaimana baki dari RM1.1 bilion boleh jadi RM2 bilion?

“Benda ini budak-budak kecil pun boleh faham. Angka-angka semua ini tidak betul.” katanya dalam video yang dimuat naik oleh blogger Din Turtle di Youtube.

Mungkin Mukhriz terlalu mentah untuk ‘disekolahkan’, sebab tu pemimpin lain nasihatkan Mukhriz lebih baik duduk diam-diam. Mukhriz terlalu mentah untuk faham mengenai dana sumbangan, mungkin dia tak faham bahawa dana politik tidak semestinya datang dari sumbangan Timur Tengah sahaja.

Mungkin juga terdapat sumbangan peribadi dari pemimpin UMNO yang lain. Dia apa tahu??  Apa yang dia tahu cuma ungkit pasal cerita yang sudah basi ni. Canang habis ke serata negeri, raih simpati pasal kena pecat di Kedah… Alolooo, kesiannya anak Mahathir Mohamad ni. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2