Mukhriz Patut Dedah Berapa Bilion Ada Dalam Akaun 'Keluarga Mahathir'

Kasihan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir… Tak habis-habis nak meroyan pasal duit derma RM2.6 bilion… Duk pergi menjaja sana sini kononnya Datuk Seri Najib Razak mempunyai lebihan wang pada nilai tersebut.

Sudah-sudah laa Mukhriz… Rakyat dah muak dengan cerita yang dijaja tu… Bukan rakyat tak tahu semua itu hanya rekaan untuk meraih simpati ekoran dipecat sebagai Menteri Besar Kedah.

Perdana Menteri pun dah jelaskan bahawa wang tersebut merupakan wang derma dari pemimpin Islam di barat Asia bagi mengekalkan Malaysia ditadbir berlandaskan Islam. Takkan itu pun salah??

Kalau penjelasan Najib tak leh nak terima… Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun dah buat siasatan, dan buktikan bahawa wang itu adalah wang derma dari seseorang di Asia Barat… Tak boleh nak terima juga ke??

Mukhriz tak payah nak berlakon kononnya nak berkempen tak perlu menggunakan wang sebanyak itu atau sebagainya… Pada zaman bapanya, Mahathir lebih banyak menggunakan wang untuk berkempen bagi mengekalkan dirinya sebagai Perdana Menteri… Itu yang Mahathir dapat bertahan sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Daripada Mukhriz sibuk nak Najib dedahkan berapa jumlah yang ada dalam akaun Perdana Menteri itu… Apa kata Mukhriz dedahkan saja jumlah yang ada dalam akaun ‘keluarga Mahathir’.

Orang pun nak tahu juga berapa banyak aset yang disimpan Mahathir sehinggakan anak-anaknya mampu menjadi kaya-raya dalam tempoh yang singkat…. Kalau dah tunjuk baru laa orang puas hati dengan kemewahan yang dikecapi ‘keluarga Mahathir’. Ada Berani ka Mukhriz oiii?? – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2