Mukhriz Dan Muhyiddin Patut Dikenakan TINDAKAN

Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bersama-sama barisan Umno Kedah, sebulat suara bersetuju supaya tindakan tegas diambil terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Ini kerana tindakan kedua-dua ‘pemimpin’ terbabit yang bertekad mahu menyertai ‘Deklarasi Rakyat’ baru-baru ini, telah melanggar tataetika yang terkandung dalam parti Umno. Tindakan mereka itu bukan sahaja menjatuhkan maruah parti, malah menjatuhkan martabat mereka sebagai seorang pemimpin.

Mana tidaknya kalau nama sahaja pemimpin parti Umno tetapi bersubahat dengan pembangkang untuk menjatuhkan Presiden sendiri, merangkap Perdana Menteri Negara. Wajarkah tindakan kedua-dua ‘badigol’ tersebut?? Ahmad Bashah yang juga merupakan pengerusi Umno Kedah berkata, penglibatan mereka telah melanggar tataetika yang termaktub di dalam Perlembagaan Parti kerana mereka berdua masih lagi anggota Umno yang sah.

“Kami kesal dan kecewa dengan penglibatan mereka dalam Deklarasi Rakyat,” katanya.

Beliau turut kesal dengan penglibatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut mengetuai tindakan menandatangani Deklarasi Rakyat menyokong penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Bukan itu saja, tindakan tersebut turut mendapat sokongan dari  Muhyiddin, Mukhriz, anggota pembangkang bersama-sama 50 yang lain.

“Sebaliknya, beliau telah mengambil pendekatan dengan matlamat menghalalkan cara, jelas prinsip demokrasi telah dicabuli beliau yang secara tidak langsung telah menafikan hak pengundi yang memberi mandat kepada BN untuk menerajui kepimpinan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu,” katanya.

Tidak terkesan dengan tindakan tersebut, Ahmad Bashah turut menjelaskan bahawa Umno Kedah langsung tidak tergugat kepercayaan mereka terhadap Perdana Menteri, meskipun telah terpalit dengan pelbagai kontroversi. Krisis politik di Kedah tempoh hari juga banyak memberi semangat kepada mereka untuk terus berjuang bersama parti.

“Umno Kedah telah memohon supaya presiden terus fokus kepada pembangunan negara dalam usaha untuk memulihkan ekonomi dan keselamatan negara yang merupakan keutamaan buat masa ini.

“Jentera parti juga akan dimantapkan di semua peringkat bagi menghadapi segala bentuk cabaran dari dalam mahu pun luar, dan tidak akan sesekali tunduk dan berundur dalam perjuangan menentang musuh parti,” katanya. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small