Muhyiddin Dakwa Najib Campur Tangan Dalam Siasatan Bank Negara

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sebelum ini tidak senang dengan kejayaan yang dikecapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, begitu juga dengan tersemai dendam dihatinya tak kala disingkirkan dari jawatan TPM.., beliau mendakwa bahawa Najib sebelum ini pernah bertindak campur tangan dalam urusan siasatan Bank Negara.

“Najib juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

“Jangan kita lupa bahawa BNM telah dua kali mengemukakan kertas siasatan mengenai 1MDB kepada Peguam Negara, dan memperakukan tindakan undang-undang diambil atas kesalahan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara.

“Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuas hati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB,” katanya.

Kalau Muhyiddin nak cakap yang Najib tiada hak untuk campur tangan dalam urusan siasatan Bank Negara, habis apa hak Muhyiddin sehingga dia masuk campur dalam urusan siasatan 1MDB??

Katanya, dia bertemu dengan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebab untuk menyampaikan beberapa maklumat mengenai 1MDB. Sebagai TPM dia ada hak untuk masuk campur dan tahu secara terperinci mengenai isu negara.

‘Sebagai timbalan perdana menteri ketika itu saya berhak mengetahui secara terpeinci isu-isu penting negara.

“Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu,” katanya.

Ohhhhh… Habis tu Najib selaku Perdana Menteri yang lagi tinggi jawatannya tu takde hak ke nak tahu mengenai isu negara?? Tak boleh ke dia nak ambil tahu mengenai siasatan dan permasalahan negara??

Dakwaan yang dikeluarkan Muhyiddin ini ternyata berat sebelah, bila kena batang hidung sendiri cakap okey pulak, bila orang lain bukan main lagi membantah! Ehhhh, ingat dia sorang je kot yang nak ambil tahu pasal masalah negara. – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small