Model Terkenal Mati Bakar Diri

Seorang model terkenal membakar dirinya kerana tertekan akibat sudah tua hingga menyukarkan dia mendapatkan kerja.

 

Mayat Irina Livshun, 31, ditemui hampir rentung di apartmennya di bandar Almaty (Kazakhstan), baru-baru ini bersama satu tong gas.

 

Jurucakap polis, Saltanat Azirbek berkata, keluarga Irina memberitahu polis, wanita itu mengalami kemurungan kerana tidak diambil bekerja selama beberapa bulan.

 

“Irina dilaporkan pernah cuba membunuh diri beberapa kali sebelum ini,” katanya.

 

Menurut rakan-rakannya, Irina seorang model popular ketika muda dan diambil bekerja beberapa syarikat fesyen terkenal.

 

“Irina seorang model yang popular dan menyertai banyak pertunjukan fesyen.

 

“Bagaimanapun, kini syarikat fesyen enggan mengambil Irina bekerja lagi menyebabkan dia sedih dan tertekan,” katanya. – Agensi



This entry was posted in Hiburan, Terkini and tagged Irina Livshun. Bookmark the permalink.