Microsoft Memperlihatkan Konsep Holoportation – Teleport Secara Maya Ke Sebarang Lokasi

Microsoft sebelum ini telah memperlihatkan konsep membuat panggilan video menggunakan projektor untuk memaparkan pemanggil di hadapan pengguna. Terkini, mereka membawa konsep mereka setapak kehadapan dengan penggunaan Hololens.

Seperti ramai sedia maklum, Hololens merupakan sebuah peranti yang mengabungkan teknologi realiti-maya dan augmented-reality daripada Microsoft. Melalui konsep terkini yang diperlihatkan, mereka menggunakan kamera 3D untuk merakamkan seorang pengguna dan menyiarkan ia secara terus kepada pengguna lain melalui Hololens.