Mesin Salinan Xerox Mengalih Bahasa Dokumen Dicetak Secara Automatik

Mesin salinan ialah sahabat baik semua pelajar di kolej. Ribuan helai nota kelas, tugasan dan lirik lagu dicetak menggunakannya di makmal kolej. Itulah kegunaannya setiap hari. Mencetak apa yang dimahukan oleh manusia tanpa mengenal lelah. Di Xerox mereka mahu menghasilkan mesin cetak yang boleh melakukan lebih daripada itu.