Mahathir Marahkan Mukhriz KERANA GAGAL!!

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pastinya berasa kecewa dan marah akan kegagalan yang dialami anaknya, Datuk Seri Mukhriz dalam dunia perjuangan politik.

Tipu la kalau cakap yang Mahathir sikit pun tidak merasa terkilan dengan kegagalan teruk yang dialami Mukhriz. Ditambah pula dengan kegagalannya mempertahankan jawatan Menteri Besar Kedah, itu merupakan tamparan yang paling hebat bagi mereka berdua. Anak Mahathir tersebut sememangnya seorang yang gagal kerana dari dahulu lagi dia kurang menyerlah, walaupun telah diberi pelbagai ruang yang istimewa.

“Kita boleh faham pada usia Dr Mahathir, yang hendak lihat anaknya naik dalam politik. Dan bila itu tidak berjaya, beliau tentu rasa tersinggung dengan UMNO. Sukarlah kita dalam UMNO hendak pertahankan dia (Mukhriz).

“Mukhriz bertanding Ketua Pemuda Bahagian, kalah, tetapi kita terima dia untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Tidak ada yang kalah di bahagian tapi layak bertanding Ketua Pemuda Malaysia, dan dia kalah juga.

“Kemudian dia hendak bertanding Naib Presiden, juga rekod. Tidak ada yang kalah di Ketua Pemuda Malaysia hendak bertanding terus jawatan Naib Presiden.

“Tidak ada orang kalah Naib Presiden boleh jadi Menteri Besar dan juga Pengerusi Perhubungan Negeri Kedah. Jadi, laluan istimewa telah diberi pada Mukhriz tetapi dia gagal juga,” jelas Annuar Musa.

Mukhriz sememangnya dilihat langsung tidak berkebolehan, selama ini UMNO memberi ruang kepadanya atas dasar kasihan, mungkin la. Atau mungkin juga diberi layanan yang istimewa sebab dia merupakan anak Mahathir.

Tak kan UMNO nak ketepikan anak Mahathir pulak kan. Tapi hakikatnya Mukhriz sememangnya tak layak untuk menyandang sebarang jawatan. Bila Mukhriz dah gagal macam ni, Mahathir nak lepas geram dekat UMNO pulak.. Eshhhh, tak patut sungguh!! – TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2