LTAT Beri Rafizi Tempoh Hingga Esok Buktikan Dakwaan

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) memberi tempoh sehingga esok kepada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan kononnya sebahagian pesara tentera tidak menerima pembayaran gratuiti.

 

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor, berkata kegagalan Rafizi berbuat demikian akan membuatkan Naib Presiden PKR itu berdepan tindakan undang-undang kerana cuba memfitnah untuk memusnahkan reputasi dan kredibiliti LTAT.

 

“Oleh kerana Rafizi mendakwa melalui media kononnya sebilangan anggota tentera yang bersara tidak menerima pembayaran gratuiti, kami ingin meminta butiran anggota tentera ini daripada beliau.

 

“Jika Rafizi gagal mengemukakan nama anggota tentera yang telah bersara seperti didakwa sebelum 31 Mac (esok), kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – BHarian



This entry was posted in Berita (Semasa), Terkini. Bookmark the permalink.