Lee Kwang Soo Sudah Sampai Malaysia!!!

Hmm, pandai betul salah seorang ahli realiti show Korea ‘Running Man’, iaitu Lee Kwang Soo buat promosi.. Memang buatkan semua peminatnya gelabah la jugak.. Baru-baru ini, viral satu video Lee Kwang Soo yang mendakwa telefon jenama Samsung S7 miliknya dah hilang kat Malaysia..

Miss A pun pelik bila masa yang Lee Kwang Soo datang Malaysia dan telefonnya hilang kat sini.. Rupanya itu adalah satu satu gimik yang dilakukan Lee Kwang Soo untuk semua peminatnya kat Malaysia..

Hari ini, Lee Kwang Soo datang Malaysia untuk promosikan Samsung S7 keluaran terbaru syarikat telefon Samsung.. Mungkin Lee Kwang Soo duta yang telah dilantik oleh Samsung untuk buat promosi besar-besaran kat Malaysia..

Kat Malaysia ini kan memang ramai peminat Lee Kwang Soo.. Baru sampai kat KLCC pun dah penuh peminat menunggu.. Pandai pihak Samsung pilih Lee Kwang Soo jadi duta.. Memang ramai la peminat Lee Kwang Soo yang sanggup beli telefon baru ni, kalau dorang buat salah satu syarat untuk bergambar dengan pelakon Korea itu kena beli telefon S7 tu..

Kalau korang yang free-free dan peminat setia Lee Kwang Soo, boleh pergi terjah ramai-ramai artis terbabit kat KLCC.. Bukan selalu Lee Kwang Soo nak turun Malaysia.. – MissA/UtaraNews.com

ep2p-2