MELAKA: Kegagalan skuad Harimau Malaysia melakar kemenangan ke atas Macau dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium HangJebat, Krubong pada Selasa malam, mengecewakan ketua jurulatih negara Datuk Ong Kim Swee.

Kim Swee berkata keputusan terikat tanpa jaringan berdepan pasukan berkenaan, yang berada di ranking lebih rendah dari Malaysia, adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Beliau juga kecewa dengan jentera serangan negara yang gagal menjaringkan gol walaupun memiliki banyak peluang berbuat demikian.

“Sudah tentu saya tidak boleh terima (keputusan malam ini), begitu juga pemain dan penyokong. Mereka mahukan kemenangan tetapi apa yang kita lakukan tidak mencukupi…kita perlu perbaiki prestasi.