FBL-ASIA2007-ENG-PR-MANUTD-FAM“Saya telah menghadap Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di ibu negara pada hari ini bagi menyampaikan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Isnin lalu (29 Februari 2016) yang menolak hasrat baginda untuk meletak jawatan dan meminta baginda terus berada dalam saf kepimpinan FAM untuk penggal 2014-2018 ini.

 “Selepas berbincang dari hati ke hati, keputusan yang dicapai tadi ialah Tengku Abdullah mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM atas keputusan tersebut dan memahami segala penjelasan yang disampaikan oleh saya pada hari ini mengenai harapan barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM itu.

 “Justeru, Tengku Abdullah akhirnya telah membuat keputusan untuk memikirkan dan mempertimbangkannya, sebelum memaklumkan semula kepada saya dalam masa terdekat ini mengenai apa keputusan akhir yang bakal dibuat olehnya nanti.

 “Tengku Abdullah turut bertitah, baginda akan mengambil kira semua aspek dan memohon sedikit masa untuk mempertimbangkannya sebelum memaklumkan kepada umum apabila tiba masanya nanti.”

SETIAUSAHA AGUNG FAM

DATO’ HAJI HAMIDIN HAJI MOHD AMIN

KHAMIS, 3 MAC 2016

Comments

comments