Kemunculan Ayam Berkaki Empat Viral Di China

Muncul lagi haiwan pelik, kali ini di Shandong, China.. Kemunculan seekor ayam pelik yang berkaki empat milik seorang penternak, mula menjadi perhatian orang ramai yang ingin melihat kejadian aneh itu dengan lebih dekat lagi.. Miss pun pertama kali melihat ayam berkaki empat ni! Huhhuu..

Penternak tersebut yang dikenali dikenali sebagai Zhu, pun terkejut apabila menemui ayam peliharaannya itu mempunyai empat kaki.. Ajaib betul! Bila cerita ayam berkaki empat ini tersebar, sudah pasti lah pakat ramai yang datang nak tengok.. Namun itu membuat pemilik ayam tu sendiri mula merasa bimbang dan tidak selesa.. Yela, sejak penyebaran tentang cerita ayam misteri dia tu, ladang ternakan dia di Bandar Heze telah menerima kunjungan daripada ramai pelawat..

Dia bukannya tak suka dengan kehadiran ramai orang ke ladangnya untuk mengambil gambar dengan ayam tu, cuma dia bimbang akan menyebabkan ayam itu tidak dapat hidup dengan lebih lama.. Anak perempuan Zhu sendiri pun memberitahu, yang ayam tu pun dah mula tertekan dengan kehadiran orang ramai untuk melihatnya..

Difahamkan, ayam berkenaan berkemungkinan telah berubah bentuk ketika berada di fasa embrio, malah ibu ayam yang menghasilkan telur itu pun mungkin telah terjejas oleh faktor-faktor seperti kejutan, tekanan atau radioaktif yang turut memberi kesan kepada bentuk telur.. Ohhh.. Begitu yer?? – MissHana/Utaranews.com

ep2p-2