Kawan Baik Mukhriz 'BODOH' Dalam Berbelanja

Kesian Andy tengok Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad sebab mempamerkan kebodohan dalam membelanjakan wang saku ketika berada di Kuala Lumpur.

Andy difahamkan, Nawawi cuba menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika beliau membelanjakan wang sakunya untuk bersarapan pagi di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Nawawi yang boros dalam membelanja sarapan paginya dengan membeli sebungkus sandwish berharga RM7.90 dan secawan air teh berharga RM9.00, dan beliau cuba membandingkan harga itu dengan harga makanan ketika di era 1980.

Menurut Nawawi, harga makanan pada hari ini amat tidak berbaloi jika dibandingkan dengan harga pada tahun 1980 an… Selain itu, Nawawi turut menyentuh mengenai ‘kesedapan’ makanan dengan mengatakan makanan pada tahun 1980 an lebih ‘sedap’ berbanding masa sekarang.

“Saya teringat tahun 1980 sebagai pelajar tahun dua, makan tengahari RM1.10 sen. TERSANGAT SEDAP. Ikan kembong percik dan air kosong 10 sen.

“Pagi ini minum pagi sandwish RM7.90 dan teh RM9.00. Tak boleh lawan kesedapan makan waktu dulu. Terkenang zaman dulu menitis air mata,” kata Nawawi.

Andy pelik betul dengan orang macam Nawawi ni… Macam mana Nawawi layak dipilih sebagai wakil rakyat di Langkawi… Mungkin pakai ‘kabel’ Tun Dr Mahathir Mohamad kot… Maklum sajalah Nawawi ni kawan baik Mukhriz.

Rasanya, tak payah Andy nak menjelaskan mengenai harga makanan di KL tu… Semua tahu harga makanan di KL memang ‘mahal’ berbanding di negeri lain… Kena pula harga di dalam KLIA, memang bagi mereka yang tidak berkemampuan akan ‘berpuasa’ ketika menjejakkan kaki disitu… Jadi tak perlulah Nawawi nak tunjukkan kebodohan diri pada para netizen.

Kalau dah tahu harga makanan disitu mahal, rasanya tak perlu laa Nawawi nak berbelanja disitu… Puasa laa kejap sehingga tiba ke destinasi yang seterusnya… Ke Nawawi memang dah tak leh nak ‘berpuasa’ sebab dah terbiasa tak berpuasa?? Hahhaha….

Lagi satu, kalau nak menipu tu biar buat kajian menyeluruh terlebih dahulu ye… Air kosong pada tahun 1980 an tak dikenakan sebarang bayaran pun… 10 sen tu kalau minum air berperisa seperti sirap atau oren.

Ohh lupa pula.. Mungkin air kosong 10 sen tu sebab Nawawi pergi minum di kedai-kedai mewah… Kalau di kedai mewah memang mereka akan mengenakan bayaran pada air kosong… Kedai biasa jarang kenakan untuk air kosong… Dah terkantoi pula Nawawi dari dulu suka makan di kedai Mewah… Hahaha.. – AndyBolat/Utaranews.com

ep2p-2